dia atau DIA

Bismillah.

cinta ini

kemanakah harus aku semaikan

untuk dia dan DIA

untuk dia atau DIA

sejujurnya untuk dia

seharusnya untuk DIA

untuk menjadi si gila yang mencintai DIA

atau menjadi si gadis yang mencintai dia

si gila itu lebih dipandang mulia oleh DIA berbanding dia

si gadis itu lebih dipandang mulia oleh dia berbanding DIA

hati ini rindu kepada dia tetapi sayangkan DIA

curangkah aku kepada DIA?

hati ini meminta kepada DIA tetapi mengadu kepada dia

curangkah aku kepada dia?

antara dia dan DIA

antara dia atau DIA

menjadi pencuri iman dia?

atau menjadi hamba DIA?

menunggu dia di pintu syurga

atau bertemu DIA di syurga?

Ya ALlah. sungguh ana ini hamba yang lemah. bisa sahaja kecundang. Engkaulah pemilik hati-hati ini. jauhilah hati-hati kami (ana) daripada tipu daya syaitan.

akhwat itu ujiannya ikhwah dan ikhwah itu ujiannya akhwat. jangan biarkan kami sesat setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

lindungi kami (ana) daripada menjadi penzina hati kepada kaum adam yang lain. begitu juga sebaliknya. cinta pertama dan terakhir kami (ana) biarlah untukMu sahaja..Engkaulah yang paling layak dicintai, dirindui dan disayangai dengan inifitinya..

3 Comments (+add yours?)

  1. sudah kawen ka belom
    May 09, 2010 @ 17:36:48

    fitnah terbesar kepada seorang lelaki ialah wanita….take care of urself 🙂

    Reply

  2. blue_turtle
    May 09, 2010 @ 20:25:00

    dia atau Dia?..huhu..ssutu yg menarik utk difikirkan..

    Reply

  3. makcik
    May 10, 2010 @ 08:14:44

    bismillah…
    sungguh sgt terkena dgn hati ini, ukhti.
    merasa sakit, susahnya utk kuikhlaskan hati ini.
    tp, aku tau, akan ada satu masa nanti bila cintaku utk Dia akan diuji dgn sgt dahsyat sekali.
    wahai Dia, Pemilik Segala Cinta, Maha Pencinta, tolonglah aku utk mencintaiMu sepenuh hatiku, sepenuh jiwaku, sepenuh ragaku.

    Reply

Leave a comment