buruk dan baik

Bismillah.

sekian lama menyepi dari dunia penulisan ini, apatah lagi dalam tarbiyah dzatiyah. ah. ana malu bukan sahaja dengan Sang Pencipta tetapi dengan diri ana juga. Bulan peperiksaan lalu telah mengajar ana erti menghargai masa tetapi malangnya telah menjadi punca kepada kelalaian ana dalam tarbiyah dzatiyah.

sedang bulan peperiksaan membuka tirainya, setiap masa itu teramat penting dan jarang sekali utk ana bazirkan masa. terasa setiap saat itu penting. tetapi kepentingan itu hanya utk memenuhi tuntutan duniawi sahaja. hampir 3/4 masa ana diluangkan utk mengulangkaji pelajaran dan sedikit sahaja utk tarbiyah.

inilah kali pertama ana rasa sangat berjauhan dengan tarbiyah dek kerana peperiksaan. api semangat semakin malap kerana risaukan peperiksaan dunia berbanding peperiksaan akhirat. ini semua khilaf ana yang tidak pandai menggunakan masa. pun begitu, tanpa jatuh sebelum berdiri kita (ana) tidak akan belajar utk berjalan. semua ini ana ambil iktibar.

jikalau semasa bulan peperiksaan dilalaikan dengan masa yang tidak mencukupi utk mengulangkaji pelajaran, sesudah peperiksaan pula, masih dilalaikan dengan masa yang berlebihan. banyak sahaja angan-angan itu dan ini hinggap tetapi merealisasikan angan-angan tersebut masih belum lagi menampakkan wajahnya.  ini keadaan ketika ana masih lagi di russia..tetapi yang ana takut ialah ketika ana pulang ke Malaysia. adakah semua yang ana usahakan disini akan bertahan ketika di Malaysia?

dakwah dan tarbiyyah yang sebenar bermula di Malaysia. bukan senang utk tinggal dan bergaul dengan mereka yang tidak sama fikrah dengan kita (ana). itu bukan alasan utk ana mengubah fikrah ana agar sama dengan mereka…tetapi utk mereka mengubah fikrah mereka agar kembali kepadaNya. sekuat itukah ana utk mentarbiyyah sejumlah mereka dengan ana yang seorang ini? kepada Dia-lah ana berserah dan memohon pertolongan. nombor itu hanya angka. yang menjadi senjata adalah usaha, doa dan tawakkal.

ana tidak meletak pengharapan yang besar madu’ ana bagi cuti musim panas tahun ini. ana juga baru berjinak-jinak dalam sistem pentarbiyahan ini. dek kerana mahukan mereka kembali kepada-Nya, ana tidak meletakkan sebarang harapan kerana jika harapan ana tidak tercapai..ana akan kecewa lantas niat pasti berubah. tarbiyah bukan niat kerana-Nya tetapi kerana ego.

sebelum ana mengorak strategi untuk mentarbiyyahkan sejumlah mereka, adakah tarbiya dzatiyah ana ini sudah cukup kukuh? daya tarikan yang lebih kuat di Malaysia pantas sahaja melunturkan taujih ruhiyah sesiapa sahaja. ana juga mungkin kali terjebak. dengan hiburan merata-rata dan masa lapang yang banyak, lemas didalam arus dunia pasti akan berlaku jika tidak menyedari ombak ghazwul fikr yang ibarat ombak laut yg tidak pernah berhenti..ana mula cemas. apatah lagi mengetahui yang diri ini tidak pandai utk berenang..apakah ana akan lemas sekali lagi dalam ombak ghazwul fikr ini apabila pulang ke Malaysia? cukuplah ketika di Russia..Malaysia juga ke?

katakanlah (Muhammad), “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang  keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal sihat, agar kamu beruntung”

-Al-Maidah 5 : 100-

Oh..tidak tercapai akal ini untuk memikirkan betapa comelnya sifatNya yang maha mengetahui setiap apa yang tersembunyi didalam hati ini. seakan-akan menjawab keresahan hati, ayatNya tidak pernah sekali pun mengecewakan ana setiap kali ana mahu mencari penyelesaian.  yang buruk itu tidak akan sampai bila-bila sama dengan yang baik. dan ana pasti akal ana masih sihat dan ana mahu menjadi golongan mereka yang beruntung. setiap perkara buruk yang bakal dilakukan, maka ayat ini sebagai amaran buat diri ana. buatlah perkara buruk kerana ketika kita (ana) sedang melalukan sesuatu keburukkan sungguh ketika itu kita (ana) adalah mereka yang tidak berakal dan rugi..

Dia telah memberi tunjuk kepada kita (ana) agar tidak menjerumuskan diri dalam perkara-perkara yang bisa membuat hati ini melupakanNya. kerana Dia ini memang kuat cemburunya. tinggal diri kita (ana) untuk berusaha melawan arus. tiada lagi alasan untuk kembali kepada kita(ana) yang lama. yang lama itu biar terkubur.

biarlah apa mereke akan kata tatkala jumpa kita (ana) yang tidak lagi mempunyai idea yang sama seperti mereka. fikrah kita (ana) telah berubah. dakwah dan tarbiyyah bukan utk mereka yang lemah. tetapi jangan kerana fikrah kita (ana) berbeza dijadikan alasan untuk putuskan hubungan bersama rakan-rakan mahupun menimbulkan pergaduhan sesama ahli keluarga.

Mereka tidak tahu dan tugas kita (ana) untuk memberi tahu dengan cara yang paling bersesuaian dengan watak mereka. bila difikir-fikir kembali..banyak juga tugas yang perlu ana lakukan setibanya di Malaysia..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: