kesalahan persepsi tarbiyah

Bismillah.

Cukup seminggu semester baru bermula. Ana masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga. barang kali enjin belum cukup panas untuk betul-betul bergerak mengikuti rentak kuliah di Russia. masih lagi bermimpi tentang cuti musim panas yang lepas. pun begitu, ketukan realiti mengejutkan ana. kuliah dan kelas harus diteruskan. begitu juga dakwah dan tarbiyah yang tiada rehatnya.

Dek kerana perjalanan ke kelas mengambil masa 45minit, ana selalunya mengambil kesempatan tersebut untuk membaca buku supaya dapat menghanyutkan diri di dalam alam buku agar dapat menghilangkan rasa penat berdiri lama dan bersesakkan didalam bas. buku pilihan semestinya bukan buku perubatan atau nota kelas. sebaliknya buku-buku yang dapat meningkatkan tarbiyah dalam diri.

ironinya, ketika dalam penulisan mahupun percakapan, ‘tarbiyah’ sentiasa menjadi kosa kata kegemaran akan tetapi kefahaman tentang tarbiyah masih lagi kabur. Sungguh, Allah telah susun dengan cantik perjalanan hidup ana ini. Seorang sahabat ana mencadangkan agar ana membaca sebuah buku berbentuk motivasi karya Eko Novianto seorang penulis Indonesia bertajuk “Sudahkah Kita Tarbiyah?”

Baru sahaja membaca tajuk pertama dalam buku ini, ana  baru sedar yang selama ini ana masih belum faham apa itu tarbiyah. Malu dengan diri sendiri. habis satu kampung canang tentang tarbiyah tetapi makna tarbiyah sebenar masih lagi tidak dikuasai.

“tarbiyah ialah kesempatan utk memperbaiki, mengembangkan dan mengukuhkan kita. memiliki kesempatan untuk merubah peribadi yang lebih baik”

satu senyuman terukir apabila ana tahu yang sekarang ini ada berada dalam tarbiyah. tetapi senyuman tersebut tidak kekal lama apabila pembacaan diteruskan lagi. Dalam tajuk seterusnya iatiu kegagalan tarbiyah, disenaraikan pula kesalahan persepsi tentang tarbiyah. Hati ana cukup tersentap apabila salah satu kesalahan persepsi tentang tarbiyah ialah kecenderungan untuk melakukan kloning murabbi.

Ya, apabila melihat murabbi ana mahupun murabbi sahabat lain yang hebat-hebat dalam dakwah ini, hati ana mahu menjadi sama seperti mereka. Ana selalu mempersoal diri ana, kenapa ana tidak boleh jadi sama seperti mereka itu sedangkan ana sudah berada dalam sistem tarbiyyah. Manakan ana boleh jadi seperti mereka kerana itu akan  menghasilkan satu klon. klon itu keburukkannya ialah apabila satu klon rosak, maka klon-klon yang lain akan turut rosak. Begitu juga dalam sistem tarbiyah ini, ana telah tersalah persepsi dengan menjadikan murabbi ana sebagai klon. Sesuatu yang pasti ialah satu hari nanti ana pasti akan bertukar murabbi. sudahnya, bagaimana ana teruskan proses ‘kloning’ murabbi jika murabbi ana ialah orang lain?

Tarbiyah bukan melahirkan klon tapi  menghasilkan tunas. Ana tidak perlu meniru untuk menjadikan diri ana seperti akhawat yang hebat-hebat belaka tetapi ana  perlu  menjadi yang terbaik ana dapat jadi melalui tarbiyah ini.

Masih banyak helaian muka surat pada buku ini yang ana harus baca dan cerna. Masih banyak lagi perkara yang ana harus perbetul. Kerana diri ana ini manusia.

p/s : sedar atau tidak, penulisan ana sekarang berbentuk formal seperti karangan. hal ini kerana ana telah mendapat nasihat daripada seorang ikhwah yang sekarang telah menjadi doktor tenatang  keperluan untuk berlatih menulis karangan dalam bahasa melayu dan inggeris bagi memperbaiki percakapan dan komunikasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: