bersangka baik?

bismillah.

kejadian hari ini dikelas tambahan praktikal membuatkan saya mahu menulis unutk entry kali ini.

husnul zon ( bersangka baik).

dan teringat kata-kata rakan dalam kelas praktikal tadi, yang sedikit sebanyak berbunyi begini :

” Asra, bila elaun yang rm (dotdotdot) akan masuk ek?” Asra bertanyakan kepada Hawa

“ouh..elauan buku tu ke? bulan 1 Hawa..insyaAllah..”  jawab Asra

“ek eleh Hawa..tahu lah kaw tak sabar-sabar nak pakai duit..yelaa..byk nak beli kannn..(sambil sinis2 menyindir)” Humairah mencelah

” ish..apa maksud kaw? cuba laa husnul zon sikit kat aku…” Hawa jawab

dan mini-drama tersebut membuatkan saya diam dan berfikir tentang apa yang dibicarakan mereka. bukan pasal duit tapi pasa husnul zon.

ini bukan kali pertama saya mendengar perkataan husnul zon tetapi tidak ketahui pula kali keberapa sudah saya mendengarnya. tetapi persoalannya bukan terletak pada kali ke berapa telah saya mendengarnya.. persoalan utama ialah bilakah kali terakhir saya bersangka baik?

saya cuba fikir lagi dan lagi..malah lagi dan terus lagi. kiranya, saya lupa bilakah kali terakhir saya bersangka baik..mungkin telah terlalu lama hingga tiada memori dapat dikesan. jika ditanya bilakah kali terakhir saya su’ul zon, barangkali pantas sahaja mulut ini menjawab tetapi kerana malu, dibiarkan sahaja soalan tersebut berlalu.

“Dan mereka tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka”

(an-Najm [53]: 28)

dan selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhuwah adalah itsar ( mendahulukan orang lain daripada diri sendiri).

berlapang dada dalam erti kata lain adalah sentiasa bersangka baik terhadap apa yang orang lain. jika selemah-lemah ukhuwah ini pun tidak mampu dilakukan, apatah lagi untuk itsar.

 

Umar binKhaththab: “Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hatim bin Hibban dalam kitab Raudhatul-‘Uqala’, hlm. 89-90,

sukar untuk kita mencari 1001 alasan untuk bersangka baik terhadap orang lain. kadang-kadang belum mencecah 1 alasan pun, kita sudah mula membuat spekulasi sendiri. dan tidak hairanlah jika banyak salah faham berlaku kerana kita sentiasa bersangka buruk. bukan kerana miss communication tetapi sebab Su’ul Zon (sangka buruk)

lantas, sepanjang perjalanan pulang dari kelas praktikal saya berfikir lagi. tentang sikap kita yang setiasa mengatakan :

” aku bukan nak buruk sangka..tapi dah dia memang bawak ‘toyol’ time exam…sebab thu la dapat 5.”

” aku bukan nk tuduh dia..tapi memang dia kuat bodek lecturer”

” aku bukan apa, tapi program itu memang takda apapa manfaat pun..buat habis duit je…”

bukankah kesemua tersebut adalah prasangka? hanya berdasarkan pemerhatian dua biji mata ini kita telah membuat keputusan sendiri terhadap sesetengah pihak.

kadang kala memang tidak logik untuk bersangka baik jika memang bukti depan mata je yang semua itu salah. tetapi takkan kerana satu kesalahan habis semua kebaikkan sebelum ini? sebab sikap manusia selalu mencari kesalahan orang lain dan jarang melihat kebaikkan yang ada. jika salah, wajar ditegur dan dinasihati daripada berterusan prasangka.

daripada prasangka juga boleh menjadi umpatan dan dari umpatan boleh menjadi fitnah..dan seterusnya.

 

sesungguhnya, dosa itu ibarat rantai yg bersambungan..Astaghfirullah.

 

dan peringatan ini adalah untuk diri saya juga.

 

 

 

 

 

 

 

 


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: