saya hebat tau!

Bismillah.

“Ya Allah, berikanlah hidayah dan petunjukMu kepada kami. permudahkanlah hidayahMu itu masuk kedalam hati kami. setelah Kau berikan kami petunjuk, janganlah Kau sesatkan kami”

syurga itu untuk orang-orang yang hebat.

membuatkan saya semakin takut untuk  menghela nafas kurniaanNya dikhuatiri saya lebih banyak menzalimi peluang untuk bernafas daripada mensyukuri nikmat helaan ini. apakah yang telah saya berikan hari ini? adakah saya banyak menerima daripada memberi? berapa kali perlakuan saya dalam sehari itu diniatkan kerana Allah?

kerana jahiliyah yang masih berbaki. kadang kala kita merasakan diri ini telah menjadi baik malah lebih baik daripada zaman sekolah dulu tetapi hakikatnya masih lagi berputar-putar pada titik yang sama. Astaghfirullah.

syurga itu untuk orang-orang yang hebat.

kita sering meratapi kekurangan diri dan memuji kelebihan orang lain.hinggakan kadang kala wujud rasa cemburu untuk memiliki kelebihan yang ada pada insan tersebut atau pun ingin menjadi seperti insan tersebut berbanding menjadi diri sendiri.

tetapi setiap daripada kita Allah memberikan kelebihan masing-masing.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah  kepada sebagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki itu ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari karuniaNya. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” – An-Nisa’ 4 : 32-

kekurangan yang kita ada merupakan kelebihan untuk orang lain dan kelebihan yang kita ada merupakan kekurangan bagi orang lain. bukan kah dalam erti kata lain membawa maksud bahawa setiap kita ini ada kehebatan.makanya kita semua ini adalah insan yang hebat. dan insan yang hebat adalah penduduk syurga. bukankah begitu?cumanya, adakah kita sedar kita punyai kehebatan jika kita tidak berusaha mencari atau mewujudkan kehebatan itu sendiri?

dan jangan sampai kehebatan yang kita ada membawa kita kepada neraka.

saya nk share satu nasihat daripada seorang sahabat.ayatnya lebih kurang begini: “orang gila tak akan mengaku dia gila. tapi kalau orang baik mengaku dia baik, tak tahu la macam mana ek..”

fikir dan muhasabah diri.

wassalam.

p/s :sebenarnya, adalah lebih sukar untuk menjadi seperti diri sendiri berbanding menjadi seperti orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: