kenapa saya masih berusrah?

Bismillah.

Dengan nama Allah yang mempunyai segala Kebesaran dan semua kepujian adalah utkNya.

Sekadar ingin menyatakan apa yg bermain diminda.

kenapa saya masih berusrah?

kerana diri ini sentiasa manusia.

Manusia itu memang kotor. Sentiasa ada kotoran yang melekat pada manusia pada setiap masa.Oleh sebab itu pembentukkan dan pembersihan diri itu perlu. Dan proses ini adalah satu proses yang berterusan yang diiringi dengan dynamika (perubahan). Usrah mengajar kita mengenali diri bukan sebagai saya tetapi sebagai hamba. melalui usrah yang berasaskan sibghah (celupan) Allah, pembentukkan lebih solid dan teguh dapat dizahirkan. dan tidak mugkin celupan ini dapat dikekalkan bentuknya dalam diri tanpa proses pembersihan jiwa yg berterusan.

kenapa saya masih berusrah?

ukhwah.

tidak mungkin saya dapat merasai ukhwah yang semanis ini dengan mereka yang bukan islam mahupun mereka yang tidak cinta kepada Allah. ukhwah fillah yang dibajai dalam jiwa setiap kita, menumbuhkan ketelusan dalam mencintai rakan-rakan. .kerana ukhuwah itu mengajar kita supaya menolak kepentingan diri dan mendahulukan rakan-rakan kita. kadang kala meletakkan perasaan cinta kepada rakan melebihi cinta kepada diri sendiri. dan logiknya ukhuwah filllah ini pasti tidak dapat difahami oleh meraka yang tak menyirami hidup mereka dengan cintaNYa.

kenapa saya masih berusrah?

Berkala, Percuma dan bebas peperiksaan.

Tiada yuran yang dikenakan untuk memasuki  usrah. Tiada exam tahunan juga yang perlu dijawab.  Tanpa berorentasikan yuran dan peperiksaan, makanya proses mengenaliNYa dilakukan bebas stress dan lebih mudah. Setiap penyuapan hati dilakukan berterusan tanpa kelaparan.

kenapa saya masih berusrah?

kerana meneruskan legasi rasulullah.

“Katakanlah Muhammad , inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik”  -Yusuf 12 :108-

rasulullah tidak henti menyampaikan risalah-risalah islamiyah dan melalui usrah yang bermula di rumah Abi Arqam Al-Arqam lah makanya risalah itu telah tersebar luas hinggalah ke hari ini. tiada alasan untuk saya berhenti daripada usrah sedangkan inilah yang rasul lakukan demi menjamin kelangsungan syariat islam itu. dan ini merupakan sunnah baginda.

kenapa saya masih berusrah?

Saya mahu sentiasa dalam mood bercinta.

“sebagaimana kami telah mengutuskan seorang rasul ( Muhammad) dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat kami, menyucikan kamu dan mengajarkan kepada kamu Kitab ( Al-Quran) dan Hikmah (sunnah) serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui” – Al-Baqarah 2 : 151-

Usrah menghangatkan lagi kecintaan terhadapNYa. Suasana dimana kita dapat berkongsi segala-galanya tentangNYa. Tentang perkara yang disukaiNya, tentang perkara yang dibenciNya, tentang kekasihNya dan tentang hamba-hamba yang disayangiNya. Kecintaan yang tidak dapat dijelaskan kegilaannya jika tidak dikongsi bersama dengan orang lain.

Dan ini sekadar perkongsian kepada persoalan saya sendiri. anda pula bagaimana? pernah tak terfikir kenapa kita masih terus berusrah?