islam itu asing

Bismillah.

dengan nama Allah yang mempunyai segala kepujian yg hanya layak untukNya.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

 (( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

dahulu kita tahu tentang islam  kerana faham dengan tahu adalah perkara yang berbeza. apa yang diterapkan kepada kita selama kita membesar hanyalah maklumat ttg islam. jadinya kita tahu ttg islam. kita tahu tentang perintah dan laranganNya tp kita tidak faham kenapa adanya perintah dan larangan itu.

dahulu kita akan rasa pelik bila tengok orang yang patuh dan taat kepada islam. sampai rasa rimas tengok mereka-mereka yang ‘skema’ sangat terhadap islam. semua pun nak patuh. apa skema-skema ni?

dahulu kita la yang sentiasa score dalam paper pendidikan agama islam. dahulu kita la antara yang rasa pelik dan rimas terhadap mereka yg ‘skema’ terhadap islam. tapi SEKARANG kitalah antara mereka yang  ‘skema‘ terhadap islam itu.

kita memang pernah berada dalam lembah kejahilan. dimana yg batil dirasakan haq. tapi hidayah Allah itu ibarat kemalangan. kita tidak jangka bila kemalangan akan berlaku tetapi bila kemalangan dah berlaku, kita dapat rasa kesannya. begitu juga hidayah Allah. kita tidak ingat bila kita mula-mula mendapat hidayah, tapi tahu-tahu je, kita rasa nk mula berubah sikit demi sedikit.

dan seperti dalam hadith di atas, sesiapa yg  Allah mahukan kebaikan untuknya, Allah baginya kefahaman ttg Deen (islam). dahulu kita tahu ttg islam dan sekarang kita faham akan islam. maka, kita mengambil keputusan utk tinggalkan kita yang penuh dengan kejahilan lalu Allah letakkan kefahaman ttg islam kepada kita kerana kita Allah mahu kita menjadi yang terbaik.

langkah pertama untuk berubah telah diatur tetapi belum sempat kaki melangkah utk berubah, orang mula mencaci kita dan menjatuhkan kita. ada juga yang dengki hingga melakukan pelbagai cara agar kita down dan tidak mahu lagi berubah.

pasakkan lah kaki mu agar tidak goyah dengan mereka. kerana ini semua adalah ujian Allah. Ujian yang diturunkan adalah untuk menyucikan diri dan membersihkan niat kita. sungguh sweet sgt Allah ini, dia mahu kita betul-betul yakin dengan keputusan kita. jika dipermulaan jalan pun sudah mengalah, apatah lagi jika sudah berada dalam jalan kebenaran ini. bila nk berubah, ujian bukan makin senang tapi makin susah. Allah akan sentiasa bantu kita walaupun Dia juga yang beri ujian yang susah-susah itu. tuhan saya tidak zalim tapi sweet. =)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.  -H.R. Muslim –

sebenarnya bukan kita yang ‘skema’ terhadap islam tetapi mereka yang ‘pelik’ terhadap islam.  Sebahagian daripada masyarakat islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang patuh dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang patuh dengan Islam dipandang serong oleh masyarakat dan susah untuk diterima sebagai individu yang benar. Islam akan menjadi benda asing dalam masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam tapi sedikit pun tak mengamalkan cara hidup islam.

oleh sebab itu, teruskanlah utk membetulkan yang telah menjadi kebiasaan dan membiasakan apa yang telah dibetulkan. bantuan Allah sentiasa dekat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: