demi matahari

Bismillah.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari – 91 : 1

waktu Dhuha itu waktu Mu. keagungan itu keagunganMu. kemegahan itu kemegahanMu. subhanallah.

 

02 oktober 2011. perjumpaan qalbu diadakan buat pertama kalinya setelah sem baru bermula.

sepertinya setiap kali mula sem baru, setiap kali itu banyak azam baru juga yg mahu dicapai.

tapi utk usrah ana kali ini, kami mulakan dengan surah ke 91 ini. mengapa?

kerana surah ini seakan-akan titik permulaan kepada azam yg mahu kita kecapi.

permulaan surah ini sahaja Allah telah meletakkan sumpahanNya keatas makhlukNya yg taat itu ; matahari, bulan, siang, malam, langit dan bumi. betapa Allah mahu kan hambaNya mengambil iktibar dari alam sekelilingnya. diciptakan untuk hambaNya yg berfikir.

alam ini bukan diciptakan sia-sia utk hambaNya melakukan kerosakkan. tetapi utk hambaNya sujud terhadap yg Rab ini. kenapa?

kerana alam mmg sentiasa berhubung terus dengan jiwa manusia. dari tanah kita dicipta dan kepada tanah kita dikembalikan. maka pada siapakah sujud ini seharusnya ditujukan?

pada sumpahan seterusnya, Allah letakkan pada jiwa serta penyempurnaanNya.

jiwa ini dikawal oleh Nya seperti mana alam ini juga dikawal oleh Nya.

kita tidak berhak keatas jiwa ini..makanya, Allah ilhamkan kita dengan dua pilihan.pilihan apa? pilihan hidup ini.

sungguh beruntung mereka yg menyucikan jiwa dan sungguh rugi mereka yg mengotorinya.. maha Manisnya Allah ini, setelah memberi kita pilihan, Dia memberi kita jawapan yg terbaik kepada pilihan kita.

dalam 5 ayat terakhir surah ini, Allah memberi jawapan kepada mereka yg mencari-cari jawapan kepada jalan manakah yg harus dipilih. masih tidak jelaskah dengan kisah kaum Samud. atas memilih jalan yg salah, mereka mencemari jiwa mereka. dan secara tidak langsung, Allah mahukan kita memilih jalan yg menyucikan jiwa.

 

memang setiap hari dalam hidup kita, hanya ada dua pilihan. maka wahai jiwa yg tenang..ayuh bangkit sedar. pilih bukan sekadar jalan yg lurus tetapi jalan kebenaran juga.

tetaplah dengan usrah ini. biarpun usrah ini tidak dapat menjawab segala persoalan terhadap pilihan dalam hidup, namun usrah itu adalah platform utk pembentukkan jiwa mengikut celupan Allah. insyaAllah.

 

p/s : dgr la lagu ni. =)

 

http://www.youtube.com/watch?v=b5wjwM_Gj6A